Sunday 12 June 2011

Panduan Menghadapi Peperiksaan Undang2 Kerajaan


Nama Peperiksaan : PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN
Kod Peperiksaan :5102A Bahagian 1
*Perhatian: peperiksaan ini diambil bagi memenuhi syarat keperluan untuk pengesahan jawatan bagi skim-skim perkhidmatan tertentu di dalam perkhidmatan awam.
Beberapa tips dan panduan bolehlah dikongsi bersama memandangkan peperiksaan ini adalah sangat penting bagi menentukan pengesahan jawatan seseorang pegawai perkhidmatan awam. Di antara syarat-syarat yang mesti dipenuhi bagi tujuan pengesahan jawatan adalah seperti berikut;
  • Telah Menghadiri Kursus Induksi  Umum dengan jayanya;
  • Telah Menghadiri Kursus Induksi Khas dengan jayanya;
  • Telah melepasi Tapisan Keselamatan Halus oleh Pejabat Keselamatan Kerajaan
  • Telah lulus Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan
Oleh itu, saya ingin berkongsi bersama-sama tips dan panduan untuk menghadapi Peperiksaan Undang-Undang ini. Peperiksaan ini dijalankan secara "Open Book". Sebelum itu, eloklah anda mendapatkan terlebih dahulu bahan rujukan (buku-buku yang perlu dibawa semasa exam) seperti di bawah;
  1. PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN
  2. PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
  3. ARAHAN KESELAMATAN
Buku-buku pertama dan kedua boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH bookstore dan lain-lain. Harganya di dalam RM45++ (maaf tak ingat harga sebenar) . Buku ketiga iaitu "Arahan Keselamatan" adalah edisi terhad di mana tidak dijual di mana-mana kedai dan hanya dikeluarkan di jabatan-jabatan kerajaan sahaja. Anda boleh bertanya kepada bahagian admin/pentadbiran di jabatan masing-masing mengenainya. Saya juga meminjamnya daripada bahagian admin di pejabat.
Untuk makluman, peperiksaan undang-undang ini dijalankan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober sahaja. Anda boleh mendaftar untuk mengambilnya secara online di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/ dan menyemak status permohonan dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan. Jangan lupa untuk mencetak slip peperiksaan setelah status permohonan berjaya dan membawanya pada hari peperiksaan.
Cara Menjawab Soalan Peperiksaan Undang-Undang;
Pastikan anda telah mengetahui kandungan bagi setiap ketiga-tiga buku yang telah dinyatakan di atas. Tidak perlulah untuk membaca semua muka surat. Cukuplah sekadar mengetahui tajuk utama dan di mana untuk untuk dicari semasa berada di dalam exam. Masa yang diberikan selama tiga (3) jam sebenarnya adalah tidak cukup untuk menjawab sepuluh (10) soalan subjektif sekiranya kita tidak tahu hendak mencari di mana jawapan sebenar berada di dalam ketiga-tiga buku tersebut.
Kaedah tagging mukasurat mengikut  tajuk-tajuk utama boleh dipraktikkan bagi mempercepatkan proses mencari jawapan.
Semasa menjawab soalan exam ni, elakkan pergi ke tandas kerana anda akan benar-benar merasakan bahawa masa itu "Emas" dan setiap minit itu berlalu dengan begitu pantas. Selain itu, bagi sesiapa yang jarang menulis (tulisan tangan), eloklah mula berlatih menulis tangan dengan pantas beberapa hari sebelum peperiksaan bagi meningkatkan semula kemahiran menulis dengan pantas.
Tiada  format tertentu diberikan untuk menjawab soalan exam undang-undang ini tetapi melalui kajian dan rujukan daripada sumber-sumber tertentu seperti di internet, pegawai-pegawai yang telah mendudukinya dan berjaya bolehlah disimpulkan kaedah berikut paling bertepatan dan sesuai digunakan;
Mulakan ayat bagi setiap jawapan seperti berikut;
contoh pertama;
Menurut Perintah-Perintah Am, Bab A, mukasurat 9, menyatakan perenggan;
7. Pelantikan semula.....
contoh kedua;
Menurut Arahan Keselamatan, Bab Penyimpanan Perkara-Perkara Terperingkat, mukasurat 16, menyatakan perenggan;
58.Perkara Terperingkat hendaklah disimpan di dalam peti-peti keselamatan....
dan salinlah kesemua perenggan yang berkenaan tanpa meninggalkan satu ayat pun. Di sinilah perlunya kemahiran  menyalin dan menulis dengan pantas. Sekian dahulu setakat ini dan kepada bakal calon-calon peperiksaan exam undang-undang ni, selamat maju jaya.
**sumber gambar/foto adalah dari internet.

20 comments:

  1. Tapisan Keselamatan Halus tidak lagi disyaratkan untuk tujuan pengesahan jawatan. Walaubagaimanapun, penjawat awam wajib lulus tapisan keselamatan ini pada bila-bila masa sepanjang dalam tempoh perkhidmatan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  2. boleh sesiapa emailkan contoh soalan dan jawapan 5102(b)
    email syahrul.kkm@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Sape ada contoh soalan 5102B? bole tlg emailkn x..tqsm..semoga Allah merahmati..zilashauqina2@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..boleh x emelkan kpd sy contoh soalan 5102A untuk sy buat latihan ke alamat emel muhammadfairuz02@gmail.com? sy x prnh llus paper ni wlaupun dah bertahun cuba..x tahu la di mana silapnya, terima kasih sekiranya pihak tuan dpat membantu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..boleh x emelkan kpd sy contoh soalan 5102A untuk sy buat latihan ke alamat emel muhammadfairuz02@gmail.com? sy x prnh llus paper ni wlaupun dah bertahun cuba..x tahu la di mana silapnya, terima kasih sekiranya pihak tuan dpat membantu.

    ReplyDelete
  6. salam.ade soalan past yr 5012B? kalau ada.boleh emel pada sitisarah2286@gmail.com. TQ

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum. boleh emailkan kepada saya contoh soalan dan jawapan sekali untuk kod 5102B. haqiem92@gmail.com . nie kali ke 3 ambik dan harap2 boleh lepas la kali ni. mohon jasa baik pihak tuan.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum. boleh emailkan kepada saya contoh soalan dan jawapan sekali untuk kod 5102B. haqiem92@gmail.com . nie kali ke 3 ambik dan harap2 boleh lepas la kali ni. mohon jasa baik pihak tuan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Minta tolong pd tuan sekiranya ada soalan 5102 A thn 2015 untuk di email kepada sy. nabiladzulkiffli@gmail.com. Sy dah menduduki exam ini dari 2014 hingga kini. Tapi belum rezeki sy utk lulus dalam exam ini.. Terima kasih atas jasa baik tuan.

    ReplyDelete
  10. salam,...boleh tak tolong email kan kepada saya contoh soalan 5102B
    yakuna89@gmail.com

    ReplyDelete
  11. boleh tak tolong emailkan saya contoh soalan 5102B
    ke email yakuna89@gmail.com

    ReplyDelete
  12. boleh tak tolong emailkan saya contoh soalan 5102B
    ke email hostel_boy@ymail.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..mohon bantuan tuan jika dapat emelkan contoh soalan 5102B/2941 perlembagaan dan undang2 am..terima kasih utk jasa baik tuan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..mohon bantuan tuan jika dapat emelkan contoh soalan 5102B/2941 perlembagaan dan undang2 am..terima kasih utk jasa baik tuan

    ReplyDelete
  15. assalamualaikumm sahabat handai.mohon email kn contoh soalan exam jpa 2941 AB...2x da amek ni xpas lg... email kt samsulbharin75@gmail.com...jasa baik semua moga allah je yang membalasnya...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...mohon sahabat2 email JPA peper A...aziraazmi24@yahoo.com...diharapkan dapat membantu

    ReplyDelete
  17. ssalamualaikumm sahabat handai.mohon email kn contoh soalan exam jpa 2941 AB

    ReplyDelete