Sunday 12 June 2011

Masalah Hidung Sensitif

Adakah anda menghadapi masalah hidung sensitif seperti kegatalan hidung, bersin atau selesema setiap kali bangun pagi? Kebiasaannya masalah ini menyebabkan anda tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.
Gejala hidung sensitif adalah seperti berikut;

  1. Bersin berkali-kali
  2. Hidung mengalirkan cecair mukus yang jernih dan cair
  3. Hidung tersumbat
  4. Mata berair setiap kali bersin
  5. Rasa gatal di dalam hidung
Ramai daripada kita mengalami masalah ini disebabkan oleh faktor cuaca, pemakanan dan juga persekitaran yang berhabuk. Terdapat beberapa kaedah yang baik untuk diamalkan bagi mengelakkan masalah ini daripada terus menimpa anda. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan;

  1. Kerap menjemur bantal tidur anda di bawah sinaran matahari.
  2. Bersihkan habuk di persekitaran bilik tidur anda seperti di bawah katil, kipas angin dan lantai.
  3. Anda boleh menggunakan produk berteknologi tinggi seperti penulen udara  Pure Air Ionizer atau penghawa dingin yang mempunyai fungsi Air Ionizer bagi memerangkap partikel habuk.
Petua berikut amat sesuai sekali diamalkan bagi mengatasi masalah hidung sensitif;

  1. Elakkan memakan makanan yang berminyak dan sejuk sebelum tidur
  2. Makan banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C
  3. Elakkan tidur larut malam
  4. Bangun awal setiap pagi secara konsisten
  5. Sekiranya anda seorang muslim, sunat semasa mengambil wudhuk dengan memasukkan sebahagian air ke dalam hidung.(paling berkesan setakat ini)
Semoga langkah-langkah dan petua-petua di atas dapat membantu anda daripada terus dibelenggu masalah hidung sensitif.

1 comment:

  1. tq ! saya selalu sgt selsema,, kiranya ni bukan resdung la ? sebab saya banyak tanda macam kat atas... pastu bila cek kulit muka, org tu kata takde resdung pun....

    ReplyDelete